Friday 27 July 2012

Penghabisan thesis

Benda yang paling best ialah: Lepas 6 bulan bertungkus lumus, berfikir, jadi gila jap, lepas tu berfikir lagi, lepas tu meeting sana sini, telefon sana sini, sampai extend satu semester, berurusan dengan seribu satu loghat orang Jerman, boss garang, xde orang Malaysia dalam julat 50 kilometer, presentation yang sangat menakutkan; akhirnya hasil karya aku siap. Dalam bahasa Jerman.  Thesis ku: 65 Muka surat ayat buatan sendiri. Ringkasan pembelajaran degree mechanical engineering di Jerman.

Thesis yang sangat mencabar. Alhamdulillah habis. Projek yang makan bajet 40 000 Euro, 268 cawan kopi sepanjang 6 bulan, dan mengambil 960 jam untuk direalisasikan. Benda yang paling best ialah perkara2 yang dibelajar semasa buat projek ni, yang tidak boleh dipelajari dari mana2 kelas atau kuliah  iaitut; Cara berinteraksi, cara bagi arahan, cara bercakap dengan orang atasan, bawahan dan cara menjadi fleksibel dan proffesional dalam apa jua keadaan. Pengalamanku dewasakanku.

Awal2, ada sesetengah orang gelak, cakap aku x kan sempat siap. X amek aku serius. Cakap projek ak makan masa dua tahun la, suruh aku putus asa la. Kini mereka salah.

Kepada yang membaca: Pesanan aku: Jangan jadikan apa2 rintangan sebagai alasan untuk putus asa. Biarpun faktor bahasa ke, budaya ke, persekitaran ke, kewangan ke. Kalau buat silap, baiki. Silap lagi, baiki lagi. Gunalah apa2 cara, biarpun pelik atau luar mainstream, sampai benda tu berfungsi.

No comments:

Post a Comment