Wednesday 30 June 2010

Bebelan (2)

Semakin dekat exam, semakain byk plak bebel.

1.1st paper, programming pakai Labview. Ok kot..

2. 2nd paper, maths. Maths yang ala2 informatik. Cubab bayangkan.. dalam satu sem, di mana xde latihan, and kelas hanya sekali seminggu, kene blaja benda yang patut dibelajar dalam tempoh 3 tahun.

- Statistic
- Fourier pe bende ntah..
- Programming

3. Tiga2 subjek di atas ak rasa klau btul2 nk genggam kene blaja asing2.. BUkan nak trus sumbat satu subjek. Hai.. dah lah penting tuk engineer, sepatah ap x faham.. Nak salahkan sape? Prof? Sekretariat? Diri sendiri?.. Ntah la..

4. So ni first time seumur hidup ak, ak nk kluarkan kenyataan ni:
''Kalau ak fail maths sem ni, i don't give a damn sebab ak x faham pape. X kesah repeat.. Sbg jururtera, ak rasa topik ni penting. Kalau x faham, bek xya lulus pekse tu''

5. Tapi klau fale, 2 subjek extra kena amek sem depan.. So.. ntah la..

6. By the way, hari ni baru dapat RAM baru. Fuh.. RAM sebenarnya yang buat masalah. Sekarang windows 7 dah kembali n computer ak x hang2 doh.. Yipee..



Tuesday 29 June 2010

Bebelan random melepaskan steam

1. Seronok tgk world cup tp x sronok bile world cup berlangsung time exam..

2. Telah hantar RAM computer untuk tukar dgn yang baru. Nasib baik ada warranty.

3. Xtau plak virus bole serang sampai kat RAM. Ingat dia makan hdisk je.

4. Basikal lama a.k.a basikal hasan dah jadi beskal terbiar sebab terkunci kat Stadt n sampai skg x bole bukak2 sbb kunci yang sengal.

5. Beskal tracking ak la terpkasa diguna untuk bergerak. Cuak kene curi. So xble tinggal lama2.

6. Teach people to have prejudice, the more the world will have prejudice against you. Jangan salahkan dunia tapi tengokla cermin.

7. Sekarang tgh blaja avoid org2 kat FH yang bek ngan ak sbb nk fotostat nota. Awal2 sem x pegi kelas, sombong gila.. akhir2 sem tetiba diberi senyuman2 palsu diikuti dengan mintak nota. Tension tul ngan org2 camni..

8. Buat apa ada beratus kawan tapi sorang pun x bole harap. Baik ada kawan2 yg setia walaupun siket.

9. Harga diri lagi penting

10. Takes me a while to figure those out.

11. So scheiß drauf...

Saturday 19 June 2010

JIwang dan matang

Selagi ak x matang luar dalam, xnk jd jiwang

So bila dah matang kang, jumpa jodoh dlm situasi macam drama korea. Pergh!! Situasi tegang

Tapi penghabisan kebanyakan drama korea.. smua menang

Sbb bila x matang, semua nk jiwang2, fikir pun x tenang..

Bl matang, kenyang, tenang dan menawan baru bole jiwang..

Kalau pra matang (oops), jgn sesekali jd jiwang,

Kang naik miang



So let me matang..



Kembali ke zaman gelap, pulang ke zaman cerah

Komputer rosak seminggu. Sebenarnya hasil kecuaian ak.

Internal hard disk, ada 4 lubang nak screwkan dalam CPU

ssemakin masa berlalu semaklin merosakkan data2 ak yg tersayang akabat gegaran CPU misteri

hasil bedah siasat menunjukkan, masa ak pasang hard disk tu 3 bulan lepas, ak hanya pasang 2 screw je kat belah kanan hardisk tu.

So bila disk dalam harddisk pusing, dia menjadi condong dan akibat pusingan yang laju, menghasilkan gegaran yang menyakitkan hati.

Akhirnya data2 ak semakin hari semakin musnah akibat gegaran ini,dan klimaks kemusnahan berlaku pabila dia makan registri ak. Dah x bole start PC.. huhu

So pegi mediamarkt (kedai elektronik), dapat refund. Ak rasa klau kat US, ak dah bole da bawak mediamarkt ke makhamah dan dakwa dia berjuta-juta US dollar walaupun ak yang buat salah mula2..

Klau kat Malaysia, jangan harap nk dpt refund apatah lagi dakwa syarikat deorg berjuta-juta ringgit Malaysia.

Sa ap kaitan tajuk blog ngan bebelan ni.. Ntah..

Saturday 12 June 2010

Facebook shoutout

Ad membe ak sorg ni ckp, org guna shoutout secara keterlaluan ni nak cari perhatian. Ak pun duk fikir. Biarlah dia. Tp lepas fikir mendalam ak tlah sedar ada 8 jenis shoutout kat facebook:

1. Shoutout satu pihak: Shoutout yang x menimbulkan minat org len, hanya minat diri sendiri. Biasanya akan dikomen atau di-like oleh kawan2 rapat atau mereka yang sentiasa dekat di hati atau mungkin mereka2 yang minat dgn korg tp x brani ckp.. jeng3..

Contoh : Ala, kopi tumpah atas lantai..

2. Shoutout direct: Shoutout dgn niat menegur atau mengkritik seseorang atau sesuatu dgn direct.

Contoh: Mencari publisiti di facebook adalah tidak patut.

3. Shoutout indirect. Shoutout yang bertujuan mengkritik org len secara sindiran. Biasa digunakan apabila seseorang tu tgh berkonflik dgn pihak2 tertentu. Org2 yang terasa je akan faham pd masa yang sama orang yang xde kene mengena terkebil-kebil.

Contoh: Orang yang hensem biasanya sentiasa memaafkan orang len. X tau kot2 muka dah buruk x bole baiki.

4. Shoutout produktiv: Shoutout yang ada unsur membantu, mengingatkan atau mengurangkan beban orang lain.

Contoh: Jangan lupa smayang

5. Shotuout PA system: Shoutout ibarat orang tgh cakap dalam PA system masa perhimpunan sekolah

Contoh: Siapa yang blum bayar duit nasi lemak, sila transfer kat bank account saya. Sekian

6. Shoutout merungut: Shoutout yang bertujuan melepaskan persaan x puas hati atau sakit hati atau depresi

Contoh: Kenapalah banyak sangat kene blaja ni. Dah la homesick Ish.. tension3..

7. Shoutout ilmiah: Shoutout yang berunsurkan ilmiah

Contoh: Adakah kalian tahu bahawa kentut di musim panas lebih busuk dr kentut di musim sejuk.

8. Shoutout combo: Shotuout yang terdiri dari gabungan mana2 dua atau lebih jenis di atas..

Contoh: Untuk pengetahuan korg, bermain facebook ni bazirkan masa, tp xtaulah kot2 sestengah orang tu memang dah byk kawan sampai komen kawan2 lama pun xnk balas, baru x membazir main facebook. (ok agak complicated- tp u get the point right?)


Kesimpulannya, shoutout ni ada yang elok, ada yang x elok, ada yang buat orang panas x pasal2, ad yang bershoutout nak cari perhatian. Tapi gabungan macam2 jenis shoutout ni lah yang buat dunia facebook menarik.. So teruskan shoutout k? Tp jgn over2..


Facebook: Stalker's paradise

Tgk facebook, dah mcm malas dah nk komen2, tulis kat wall org, main2 application smua.. Banyak kali sebenarnya ad niat nak deactivate facebook ni, tp fikir2 blk, klau deactivate, terkeluar dari media arus perdana. Klau xde facebook, x tau apa yang berlaku sekeliling. Contoh kalau membe masuk hospital, melalui facebook je la dapat tahu.

Soalan pertama, apa org biasa buat klau bukak facebook? Nk post kat wall org.. ok partly.. tp ak rasa org guna facebook ni nak stalk org2 tertentu, sbb ak sendiri buat camtu. hihi. Privasi dikorban. Tapi harga pengorbanan privasi diri sendiri ialah dapat menceroboh privasi org len.

Itulah dunia social networking. Tambah2 lagi polisi facebook yang x bole tgk sape yang menstalk korg. Lagi sronok menstalk. Kadang2 buat la pemerhatian sket. Nama dia slalu kluar online, tp profile x gerak2 pun. Which could only mean three things.

1. Dia suka communicate dgn org pkai inbox facebook.
2. Dia dah ketagih guna application kat facebook mcm chatting, bermafia ngan bertani.
atau
3. Dia slalu menstalk org.

Kadang2 fikir2 blk, serius creepy. Tp, x kesah, sbb dah jadi norma org2 zaman skg.

Bersambung..




Sunday 6 June 2010

An Adventure



Bile balik dari Rentap masa pfingsten hari tu, telah sedar yang cuti seminggu ni akan jadi sangat bosan.




So, ap ak buat. Sibukkan diri. Nek basikal dr Mullheim ke Mulhouse (disebut Mulü). Total 25km. Siap tido lg kat sana sbb tayar pancit. Ok la tu. Bole pusing2 bandar tu. Siap kenal lagi dgn pakcik dari Afrika ni sorg, bawak ak berjalan pusing bandar. Baik gile.. Nasib baek dia tahu bahasa Jerman. Klau x jengoh ak nk berkata.. Kat Mulhouse tu best. ada satu trek basikal utk tourist. Ikut track tu, semua tempat lawa kat Mulhouse dia lalu.



Waa.. dasyat.. Xya nek public transport. Tgk ar budaya orang sana. Hampir semua org kat sana friendly. X pernah x senyum. BUkan stakt friendly, comel plak tu.. hihi



Bila tayar dah baiki, pergi Strasbourg nek train. Kat Strasbourg sbb train nak pi Offenburg lama lagi, layan ar movie dalam English.. Robin Hood. Perghh.. layan.. Akibat trip ni ak prasan banyak perkataan French sebenarnya sama cam English. Contohnya, 'excuse me' dlm French 'Pardon' (disebut 'pardong'). Reparit, Entrée. Satu lagi kesan besar trip tu, kulit ak jd hitam.. huhuh

Dua minggu kemudian, aka, satu hari sebelum ak post posting ni, kluar lagi dgn beskal. Sekarang lagi jauh. Dari Offenburg, ke satu pulau tgh2 sungai Rhine, di mana ada empangan kat sana.



jarak Offenburg-Empangan: 15km. First time melawat empangan. Bila duk tepi empangan tu, pas tu tgk bawah, tiba2 nek liang bulu roma sebab terbayang kalau tiba2 terjatuh dari empangan tu.

Dalam gila. 500 meter kot camtu.. gile ar.. Tapi x pergi pun pulau tu, sbb basikal x ble lalu. Kat pulau tu deorg kata ada nature reserve ap ntah.. Tgk2 xde org pun pergi. Klau xde org pergi, mesti x best. So xnk ar pergi. Dah lah summer, lalat merata.




Lepas tu, berbasikal lah dari empangan tu gi Strasbourg menuju utara. Tambah lagi 10 kilometer. Sampai2 sempadan City Strasbourg, mcm malas plak nak pergi, so lintas ar jambatan pergi Kehl terus.
Kat Kehl, lepak2 jap kat jambatan antara France ngan Germany. Rehat. Hari panas, angin sungai Rhein sejuk, so memang nikmat.. Lepas 15 minit bergerak la ke Offenburg kembali.. tambah lagi 17.7km. Bile balik, tgk cermin, terkejut dgn kehitaman kulit..

Target.. next trip lepas pekse: Freiburg- Vogelsheim - Colmar.



Sape nk join.. jom