Wednesday 16 May 2012

Mengubah dunia ni

Aku rasa nak tegur siket la trend2 yang berlaku kat facebook baru2 ni. Trend tukar gamba profile kalau sokong sesuatu benda, trend tulis perkara-perkara yang jijik untuk buat orang lain sedar dll.

Nak tanya mereka semua.. ada kesan ke? Ada perubahan konkrit ke kalau buat mcam tu? Kalau tukar profile pic tu, kira ada main peranan ke? Tulis perkara-perkara kat facebook yang jijik ada perubahan ke? Kalau nak melawan korupsi, atau nak menegakkan keadilan, ingat tukar profile pic boleh ubah hakikat dunia?

Pendekatan ini aku sangat tak setuju. Bagi aku, kalau nak ubah hakikat dunia ni, cari kuasa. Kalau nak ubah nasib rakyat palestin, satu jeritan dari hujung dunia xkan mengubah apa2 secara konkrit. Kalau nak ubah, pastikan pengaruh kuat, karisma ada, kewangan kukuh, baru boleh ubah dunia ni. 

Secara jujur, dunia ni memang dah jadi sampah. Hipokrit bersepah, orang x ikhlas bersepah, sistem yang adil hanya wujud dalam fantasi semata-mata. Penipuan bersepah. Manipulasi dalam media menjadi perkara biasa dan lain2. Yang boleh bersihkan sampah ni, ialah kuasa. Bukan jeritan di facebook.

Untuk mecari kuasa, kita bukan sahaja kena belaja kuat, kita juga kena kuasai diri kita. Kita kena sentiasa muhasabah diri. Bak kata pepatah, ''Kenal diri sendiri, sebelum nak ubah orang lain''. Mengubah orang lain tanpa menguasai diri sendiri ibarat ayam belajar burung terbang.

Dan satu lagi hakikat dunia ni: Bila kuasa ada, ramai orang nak jatuhkan. Xtau kenapa. Dengki?

Tolonglah jangan jerit sia-sia di facebook. Ubah diri sendiri tu.