Tuesday 13 April 2010

Dungun, tanah kelahiran (1): Pantai

 

Zaman ak kecik2, ak reasa tempat yang plg best ak pernah pergi and bagi ak masih best ialah pantai.

DIlahirkan kat Kampung Sura, Dungun Terengganu, pantai merupakan tempat ak mendekatkan diri dengan alam semulajadi. Oleh kerana terpaksa pindah dari Dungun ke selatan semenanjung kerana ayah dapat tawaran kerja kat selatan semenanjung, pantai bukan lagi ku dapat berjumpa dgn kerap..

Tapi yang seronoknya bila balik ke kampung halaman masa cuti sekolah ialah berada di pantai yakni Pantai Teluk Lipat, & Pantai Teluk Gadong, Dungun. Zaman kanak selalu dihabiskan kat sana. Bermain dengan abangku, Faiz ngan sepupu-sepapa isham dgn anisya. Kat pantai2 tersebut kenanganku zaman budak2 masih bercahaya.

Gambar di bawah: Pantai Teluk Gadong. Perasan x ada lubang gua..

Teluk Gadong

 

Buat istana pasir, tangkap remis bila musim. Sekali tu ad musim kerang banyak2 jatuh kat pantai dibawa ombak. Ak rasa antara kenangan plg best dgn famili ak ialah bila ak, abang ak ngan ayah ak kerjasama tangkap sotong pakai mata kail. Lepas tu masak sotong tu kat unggun api tgh2 pantai. Makan ramai2..

 

Gambar di bawah: Pantai Teluk Lipat

1438206348_d612ddfeca

Zaman remajaku di Dungun byk dihabiskan kat pantai sebagai tempat melapangkan dada dan muhasabah diri. Bila duduk sorang2 kat pantai lepas tu tgk pemandangan laut, langit ngan gunung2, kita sedar betapa keciknya kami di dunia buatan Illahi ini. Walaupun dah semakin berumur, keajaiban pantai teluk lipat dan teluk gadong x pernah malap..

Bersambung..

No comments:

Post a Comment