Thursday 4 February 2010

Malaysia tetap tanahair ku (selepas setahun perjuangan di sini)

Lepas setahun duduk sini, serius ak plan nk duduk, keje, berkeluarga ngan bersara kat Malaysia. Walaupun dari segi nilai  mata wang, keje kat negara lain lagi mewah, tapi keseronokan tu xde. Kaya dengan jiwa yang x bahagia, baik duduk miskin tapi bahagia.

Walaupun dapat sesuaikan diri dgn budaya orang tempatan, tp jauh dalam lubuk hati, perasaan sebagai orang kulit coklat dalam negara orang kulit putih masih ada. Kadang2 rasa dilayan lain macam ada, rasa sedang diperhatikan sebab berambut hitam ada, dan macam2 perasaan janggal masih ada.

Nak communicate memang masalah sejak hari pertama bertapak di sini. Sejak semenjak ni, klau borak tu, alhadulillah dia faham, tp perasaan setelah sedar yang banyak kesilapan grammar dalam perbualan tadi buat diri rasa fras. Lepas tu, nak cakap apa idea2 atau perasaan2 dari hati ke mulut memang perlukan tenaga banyak. Most of the time sebab alasan dah habis tenaga (aka malas), lebih baik diam je.

Musuh orang asing yang menetap kat negara orang ialah Sterotype. Macam org2 Malaysia sterotype orang Bangla, orang2 Asia pun distereotype kat sini. Masa pekse hari selasa br2 ni, ak telah distereotype oleh examiner bila dia cakap straight to my face, ak akan menipu walaupun muka nampak innocent. Damn gile orang Badisch ni. Lepas tu fikir2 balik, member ak dalam kelas pernah crite kat ak pasal research makcik dia yang kene curi oleh Praktikant syarikat makcik dia yang asal dari negara Cina. What’s the point nk crite kat ak bende2 tu?  Lawatan ke kilang besi pun, orang yang bawak kita tour tu xnak bawak kitorang masuk bahagian gelek besi (walzen) dalam kilang besi, sebab takut orang ‘China’ (akulah tu) akan curi rahsia syarikat deorg. Come on ar.. Jgnla sterotype..

So, sesiapa yan baca post ni, walaupun kita dah senang lenang kat Malaysia, jgnla diskriminasi golongan pendatang atau yang susah2 kat Malaysia. Deorg pun manusia jugak. 

2 comments:

  1. aku setuju ngan kau hadri. aku pun rindu kat malaysia. dan aku akan kerja dan menyara hidup aku yg tak seberapa ini kat negara malaysia yg tercemar,miskin dan tidak ada masa hadapan. hahaha. sebenarnya, kita lah generasi yg bertanggungjawab utk mengubah situasi di malaysia. supaya tidak tercemar lagi. tidak miskin lagi. dan sudah pasti, malaysia akan ada masa depan yg cerah. i shall shed blood,sweat and tears for this motherland of mine.

    ReplyDelete
  2. bersemangat jadinye after baca komen amir. haha

    ReplyDelete