Tuesday 23 February 2010

Winter sudah berakhir..

 

Winter sudah berakhir. Musim baru bermula. Episode baru kehidupan bermula, menyambung episode lama yang telah berlalu.

Memang hidup ni penuh dengan drama. Ibarat titisan salji yang jatuh ke tanah, lalu cair menjadi air, akhirnya dibawa masuk ke dalam tanah dan menjadi air sungai, lalu disejat semula untuk dijadikan hujan pula. Pabila hujan turun, kemana-mana ia mengalir, membawa hijau kepada flora dan kehidupan kepada fauna. Kadang-kala hujan boleh turun menjadi banjir kilat, membawa kemusnahan dan kesedihan kepada orang lain, atau hujan boleh menjadi mainan untuk kanak-kanak mengisi masa lapang bermain di dalamnya.

Walaupun begitu, tanpa rahmat hujan atau salji yang turun dari langit, maka tanduslah bumi, tiadalah kehidupan dan seksanya kita. Kini, pabila melihat hujan, kami buat seolah tiada apa2, tetapi alangkah peritnya jiwa  kita, jika hujan tidak kembali lagi, meninggalkan sahaja tanpa kata-kata. Sakitnya kerana tajam onak duri tidaklah sepedih sakitnya kerana kehilangan suatu benda.

Kini, masuknya musim bunga, alam semulajadi kembali bangun dari tidurnya. Burung2 dan lebah bangkit mewarna-warnikan keadaan. Tetapi kita belum tahu, adakah warna-warni ini membawa kegembiraan atau kesedihan..

2 comments:

  1. winter belum abis lagi....
    ko tgk laaa seminggu dua lagi.

    ReplyDelete
  2. aku dah link blog kau..weyh2..follow my blog!haha

    ReplyDelete