Monday 6 July 2009

Ak cinta..

Cinta Illahi, cinta keluarga, cinta sesama manusia, cinta ngan haiwan dan cinta dgn diri sendiri..

Semua ni cinta. CInta bukan takat cinta laki bini atau cintan cintun dgn awek atau pakwe. Cinta bende yg menyelamatkan sorang drpd buat bende yg bukan2. Tapi kadang2 cinta tu membutakan, so apa tu cinta?

Haha. Mungkin ada orang tertanya-tanya, kenapa ak ni tetiba jiwang plak? Xde pun. Dah lame dah terfikir, tp duduk simpan je dlm hati. One way or another, kene gak ak luahkan pendapat ak tentang cinta.

Ad sesetengah kes, kahwin takat nak tunaikan tanggungjwab, bukan cinta. Sebab kene desak keluarga and masyarakat. So lama2, rasa kosong. Balik ke bini atau suami, xde feel. Bosan rasanye hidup. Tengok bini atau suami, bosan. 'Asyik muka sama je'. Last-last, anak2 pun tak tau apa maksud cinta, sebab tak pernah tgk mak bapak tunjuk cinta deorg pada satu sama lain. So deorg ingat cinta tu, sex sebab pengaruh media. Last-last, rosak generasi muda. Finally, chain reaction ni goes on and on, sampailah manusia pupus.

So, inilah yg berlaku pada masyarakat kat kampung halaman aku. Cerai berai, gaduh-gaduh, pukul-pukul, curang-curang. Punca dia, maybe sebab, masa nk kahwin, kene paksa famili. Cinta xde. Atau punca lain, sebab masa muda2, syok sangat bercinta sebelum kahwin. Bila dah kahwin, dah x rasa syok dah. So, last2, cerai. Betapa bodoh.

Ok, pasal cerai. Budak2 zaman skrg, dah pandai buat pasal cerai, sebab dah sebati dgn budaya masyarakat deorg. Lepas tu, bila Ustaz2 ajar pasal kahwin and cerai, boleh buat lawak lagi pasal bab cerai. So, for me, bende ni bodoh. Bapak ak, dari kecik didik ak ngan abang ak.. Jangan main2 dengan cerai. Ni kata2 dia;

'You'd be better of cutting your own dick, rather than divorcing your wife.' Bagi dia, cerai tu maksudnye membuang kelakian seorang laki, sebab tindas pempuan. Mak ak pun setuju. Takat ni, dah beribu-ribu kali mak ak nasihat aku: Pilih bini betul2. Sbb bini ni sampai mati.

So, kembali kepada cinta:

Yang ak explain kat atas td, cinta suami bini. Kalau cinta sesama manusia pulak. Macamana?

Bagi aku, cinta sesama manusia menghalang kita daripada memudharatkan manusia lain. Cinta pada manusia menyatu masyarakat, dan cinta pada manusia membawa 1001 kebaikan dan 0 keburukan. Cinta kat boss, cinta dgn membe, cinta dgn orang bawah, cinta dengan orang yg kita x kenal pun. Cinta tetap cinta. Bila semua orang 'embrace' cinta ni, xde lagi gaduh-gaduh, xde lagi bunuh2, rogol2, tindas2, buruk sangka, dengki2. Semua orang akan berusaha berbakti kepada satu sama lain without prejudice.

Bila semua orang mencinta, betapa indahnye dunia ciptaan Tuhan. Tapi masalahnye, bile orang cakap pasal cinta, orang campur definisi cinta dengan definisi nafsu. Sesetengah orang cakap, cinta tu x elok. Bahaya. Cinta kat Tuhan je yg elok, and sesetengah lagi cakap, cinta tu bukan cinta kalau xde sex. Orang2 putih kata, love must be passionate. No passion, no love. Tu lah contoh percanggahan pendapat antara extrem yg terlampau, dengan kejahilan yang terlampau.

So, tu put it short, cinta tu BUKAN nafsu, tapi anugerah. Nafsu yg bagi nama buruk kat cinta, tp cinta itu membawa kesucian yg dapat melunakkan besi, menghancurkan batu, membankgitkan mati dan buat budak jadi pemimpin. Cinta sesama manusia yg berlandaskan cinta kepad Tuhan ialah cinta yg suci laksana titisan embun yg turun dari langit. Air mata yg dititiskan sebab cinta, dapat melembutkan hati yg sekeras-keras batu. Melalui cinta, seseorang itu dapat mengetahui, betapa indahnya ciptaan Yang Illahi.

Cuba tgk tokoh2 kita. Contohnya Tun Mahathir. Tun Hasmah berada di sampingnya sentiasa sampailah dia jd pemimpin yg antara paling best kat Malaysia. Kerana kekuatan yg Tun Hasmah bagi kat dia, di samping keazaman diri sendiri, dia menggunakan kuasa cinta laki bini, untuk menuju ke puncak kejayaan.

So, cintalah orang lain sebagaimana korang cinta diri korang sendiri..

To be continued..






5 comments:

  1. ak suka la doctor cinta ni..hehe

    ReplyDelete
  2. haha. Xpe.. siri ni bersambung..

    ReplyDelete
  3. kau dah ada awek jerman eh?

    cool la bapak kau. boleh cakap dick.

    flip flop flap flup

    ReplyDelete
  4. Ak xde awek ar.. Malas.. Not yet..

    ReplyDelete
  5. pilih betul-betul
    tapi masih layakkah memilih?

    ReplyDelete