Wednesday 12 September 2012

Semakin tua...

Kadang2 duduk fikir sorang2. Tahun 2011 dan 2012.. x habis2 rushing. Semakin tua, semakin banyak tanggungjawab, urusan, dan benda yang kena fikir.

Kat German, ak rasa 2009 dengan 2010 . Sekarang 2011, 2012, dah bukan macam dulu dah. Pindah rumah, kerja, projek, pindah rumah lagi, urusan dll. Meh aku ringkaskan:

Jan 2009- Dec 2010: Tahun vacation. Duduk pergi kelas, risau pasal exam je. 2 tahun tu, tahun seronok. Selalu lepak ngan kengkawan. Macam2 drama. Tapi seronok. Dan best.  

Jan-Mac 2011: Sibuk  dengan exam, cari rumah, sibuk cari tempat practical, interview, sibuk pindah rumah

Mac-Sept 2011: Practical, tolong dak2 MGSS, pindah rumah, masuk rumah baru. Sibuk tahap permulaan katakan. Kerja berat kat ofis. Macam2 karenah orang pelik kat ofis. Walaupun begitu kepala masih senang untuk bersosial ngan kengkawan. Sempat buat Eurotrip, lepak Neuschwanstein, berbasikal ngan member, dan bermesra ngan budak2 Ulm. Haha So, ok lah. Lepas tu September, kena pindah balik Offenburg. Penat.

Okt- Jan 2011: Sem horror untuk budak course aku. Sem perlu makan banyak kepala hotak nak survive. Siang malam study group, pergi rumah budak kelas, study group lagi, discussion. Masa yang sama kena mintak tempat kat syarikat nak buat thesis untuk tahun depan. Kat kampus, ke hulur ke hilir. Interview dll.  Walaupun begitu, masih senang nak bersosial ngan budak Offenburgers malam2. Tengok cerita la, tengok muvie la, main game la, masak2 la. Ngan budak2 luar Offenburg, semakin kurang dah sebab weekend masa rehatkan kepala otak. 

Jan -Mac 2012: Exam untuk sem horror, interview ada sekali. Lepas dah konfem dapat tempat nak buat thesis next sem, nak kena cari rumah, pindah rumah. Nasib baik dak2 kelas tolong pindahkan barang. Masa ni, jarang sangat ada kat rumah. Asyik atas train je.

Mac-Julai 2012: Waktu paling kritikal setakat ni. Masuk tempat nak buat projek thesis.. FUlamak. Boss mcm Donald Trump, thema thesis sangat susah, kena cakap Deutsch dgn banyaknya nak berurusan kat telepon. Beli barang, amek quotation, tiap2 bulan meeting. Memang dilayan mcm engineer habis-habisan. Dapat budget 50 000 Euro untuk projek. Kebebasan banyak. Dapat meja sendiri, tepon sendiri. Tapi harga kebébasan itu ialah tanggungjawab dan tekanan nak memenuhi harapan department aku. Isnin-Khamis. Tiap hari 10 jam kerja. Naik train 3 jam ke Offenburg Khamis malam. Jumaat dari pagi ke petang ada kelas. Jumaat bertolak balik ke rumah. Sampai malam. Pening. Stress. Sampai paper exam semua aku tolak sem depan. Xpe la. Masa ni, sempat bercuti skl je. Nak bersosial ngan kawan2 macam dulu semakin jarang. Kontakt deorg pun dah siket.

Ogos-Sept 2012: Waktu aku jadi gila. Ngan thesis, (bahasa German macam sampah), kena betulkan banyak kali. Mujur dak2 kelas ada. Lepas tu ngan raya sekali, buka2 puasa nye. Lepas tu barang untuk projek ak dah sampai siket2. Nak bina2 semua benda berat dalam bengkel. Semua buat sorang2. Tapi sekarang ada prestij siket dalam syarikat aku. Kena nek pangkat. haha. Boleh kerah orang2 bawah dah. Hahaha.  Lepas tu kena pindah rumah lagi. Hanya dengan basikal. Adoi. Penat. Dah lah lama x balik Malaysia dah. Ngan homesick. Lepas tu dengan urusan lain2 lagi. Insurance la, ni la tu la.

Harap2 Tuhan berkati gaya hidup aku. Amin 

No comments:

Post a Comment