Friday 28 September 2012

Oh Hidup

Hari ini secara rasminya ku mula bekerja sebagai Jurutera. Walaupun tak mendapat ijazah lagi, kuasaku di syarikat ini seperti jurutera. Gaji x sama lagi. Tapi takpe lah. Mula dari bawah dulu. Lama2 naik ke atas.

Kadang2 teman2 aku bertanya, ''Farid, kenapa kau susahkan diri kau?''. Ku hanya membalas dengan senyuman kerana ku yakin apabila ku terangkan, mereka tidak akan bersetuju denganku. Sebenarnya ku bekerja lebih, bukan hanya kerana duit. Bagiku duit boleh dicari mana2. Yang payah dicari ialah pengalaman.

Seperti segelintir yang mengetahui, keluargaku bukan keluarga yang disuap dengan harta warisan. Ayahku telah bekerja keras untuk mendapat segala kesenangan yang keluargaku kecapi hari ini. Sauadara maraku bukan jenis kelas atasan. Tidak punyai pangkat2 yang besar seperti yang sering diheboh-hebohkan oleh segelintir rakan yang lain. Keluarga kami biasa. Tidak punya orang2 dalam. Kalau nak masuk asrama ke Universiti ke, kena ikut sistem. Tak boleh mengambil jalan senang.

Dari luar memang nampak senang tapi hanya keluargaku tahu. Ada kala ku dulu selepas SPM, ayahku tidak mempunyai kerja. Masih teringat aku dan ibuku terpaksa kumpul surat khabar lama di keliling rumah untuk membeli goreng pisang. Ku bekerja sebagai pelayan. Di kala rakan2 ku yang lain seronok membuat lesen yang dibiayai ibu bapa mereka, ku bekerja sambil dicaci segelintir pelanggan2 restoran yang biadap. Duitku ku tolong keluarga ku.

Dulu ku sedih, tapi kini ku bersyukur kerana pengalaman ini membuatku lebih kental dan kuat. Pengalaman ini membuatku lebih memahami orang2 yang kurang bernasib baik dariku. Pengalaman ini memberi ku motivasi untuk bekerja keras dan tidak mudah putus asa.

Di UiTM, ku kenal dengan Puan Rokiah dan keluarganya. Mereka mengajarku banyak perkara tentang kehidupan. Ku diberi peluang memotivasikan orang2 lain di bawah naungan Pembimbing Rakan Sebaya. Ku kenal ramai orang. Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Intec Students Peer Group (ISPEG), Peers UiTM dll. Persatuan2 ini membuka mataku kepada perjuangan segelintir kumpulan di masyarakatku. Di kala ketidakstabilan ku di usia remaja, Pn Rokiah memberi banyak pertolongan emosi dan rohani kepadaku. Di samping itu, tidak lupa Ustazah Syarifah Zaharah dan Puan Siti Aluyah. Nama2 ini ku tidak akan lupa.

DI samping itu teman2 saya tidak patut dilupai. Mereka banyak membantuku, mengisi kebosananku, dan memberi warna kepada kehidupanku. Di German, saya amat bersyukur kerana diletakkan di Offenburg. Di sini saya berpeluang mengintegrasikan diri saya ke masyarakat antrabangsa. Tidak dari segi sosial tapi dari segi kerja. Ku banyak belajar dari mereka. Mengambil mentaliti kerja mereka, dan memastikan mutu kerja ku menjadi sangat tepat. Mereka pun banyak mencontohiku dari segi peradaban, fokus dan intelek. Kesusahan hidup di dunia asing yang mempunyai budaya dan bahasa berbeza membuatku lebih kental dan lebih mengenali diriku.

Kini ku bekerja sebagai Jurutera sambil menghabiskan semester terakhir saya. Pengalaman menjadi hala tujuku yang utama. Ku tahu ku tidak mempunyai orang2 dalam. Oleh itu saya berharap agar saya dapat naik tangga kerjaya berbekalan pengalaman dan kegigihan yang luar biasa.

Tujuan hidupku bukan untuk bermewah. Ku hanya mahu keluargaku hidup selesa. Sebagai bakal suami, saya mahu anak saya membesar dengan hidup yang sederhana dan dipenuhi kasih sayang oleh keluarga sendiri. Ku tidak mahu anak-anakku diabaikan kerana ibu bapa mereka terlampau mengejar kemewahan, sepertimana yang sering berlaku sekarang.

Ku tidak mahu kereta import yang mahal, rumah yang mewah atau bercuti di tempat2 yang mewah apabila ku menjadi bakal pemimpin keluarga. Ku hanya impikan keluargaku selesa dan gembira, diriku tenang dan peluang untuk beramal dengan membantu orang-orang yang susah di kelilingku. Membantu bukan dari segi kewangan, tetapi dari segi motivasi, mentaliti dan modal insan, kerana 3 perkara inilah yang membezakan antara manusia yang biasa dan manusia yang luarbiasa.

Bagiku semua manusia sama. Yang membezakan adalah perangai dan tingkah laku mereka. Ku mempunyai hormat yang luar biasa kepada mereka yang merendah diri, dan mereka yang menyayangi orang lain lebih daripada diri mereka sendiri. Buat bukan sebab agama suruh. Buat sebab diri sendiri nak. Agama tu bagi kami petunjuk. Nak ikhlaskan hati dengan petunjuk ni bukan perkara senang. Ni pendapat peribadi aku.           





1 comment:

  1. hello. Having read some of your posts I think you have an honest style of writing, the kind that is seldom seen these days. They make me think and left such a profound impact.I'll read the rest of your posts when I am free to do so. Good job and keep it up.

    ReplyDelete