Monday 26 July 2010

Operation dan appointment


Temujanji dalam bahasa Jerman = Termin = Appointment

Ad satu suku kata ak reka sendiri = Deutschland, Land des Temins = Jerman, negara temujanji. Nak pergi dktor kene buat Termin, nak servis beskal, kene buat termin, nasib baik nak makan luar xya buat termin. Klau x ak buat termin sekali untuk kerosakan sistem birokrasi yang membebankan rakyat.

Tapi on the bright side, buat temujanji banyak faedah tersembunyi rupanya. Dapat bajet masa, xya nk beratur, xya nk tension sbb lambat, tapi yang lemahnya, xbole buat benda dengan spontan. Kalau macam tetiba tergerak hati nak gi klinik sbb tetiba demam, kira membebankan jugak.

Jalan penyelesaian nk elak beratur panjang dkt pejabat pentadbiran kerajaan ialah temujanji. Cuba bayangkan, kalau kat imegresen, klau semua pelanggan wajib atur janji nk datang pukul berapa, lepas tu orang pentadbiran kat imegresen tetapkan, contoh, purata untuk satu urusan 7 minit, ak rasa xya la nak pakai sistem amek nombo kat pejabat, lepas tu bazirkan masa nk tunggu org len siap.

Lepas tu, orang pentadbiran, pakailah simple maths, nak tetapkan berapa pegawai yang kene bertugas dalam satu jangka masa tertentu.

-->. Contoh 80 pegawai, purata masa untuk satu urusan 10 minit,
--> Pegawai2 wajib keje dari pukul 8 pagi sampai 5 petang tolak waktu rehat dan solat = satu hari 7 jam.
--> Jumlah pelanggan yang boleh dilayan = 7 x 6 x 80 = 3360

Masa rakyat jimat, rakyat dapat guna masa yang terlebih tu untuk majukan lagi negara daripada bazirkan masa beratur dekat pejabat pentadbiran. Qualiti perkhidmatan akan melonjak 100% sebab pegawai2 xkan diberi tekanan sebab kurang masa. Efficency pegawai meningkat, kerana masa deorang xkan diguna untuk bergoyang kaki dan cakap2 kosong kat pejabat.

Dalam masa yang sama, rakyat pun akan jd lagi disiplin sebab terikat dgn masa temujanji. Disiplin pengurusan masa rakyat akan meningkat 100%, Malaysia maju 2020.

By the way: Minggu depan ak kene operation, kene buang 4 gigi kat hujung. aaa.. cuak. Masa dia check gigi ak sebelum dia putuskan nak buang gigi ak, serius seram. Dah la ganas doktor tu. Tekan gusi ak, tekan macam nak bunuh orang. Lepas gigi ak di'xray', ak diberi kelas pergigian oleh doktor tu. Angguk dan 'ye'kan je lah apa yang kluar dr mulut dia. Bukan tau pape pun pasal gigi. Lepas tu kene transfer pergi chiropractic sepanjang minggu depan. Huhuhu.. cuak3..

No comments:

Post a Comment