Saturday 12 June 2010

Facebook shoutout

Ad membe ak sorg ni ckp, org guna shoutout secara keterlaluan ni nak cari perhatian. Ak pun duk fikir. Biarlah dia. Tp lepas fikir mendalam ak tlah sedar ada 8 jenis shoutout kat facebook:

1. Shoutout satu pihak: Shoutout yang x menimbulkan minat org len, hanya minat diri sendiri. Biasanya akan dikomen atau di-like oleh kawan2 rapat atau mereka yang sentiasa dekat di hati atau mungkin mereka2 yang minat dgn korg tp x brani ckp.. jeng3..

Contoh : Ala, kopi tumpah atas lantai..

2. Shoutout direct: Shoutout dgn niat menegur atau mengkritik seseorang atau sesuatu dgn direct.

Contoh: Mencari publisiti di facebook adalah tidak patut.

3. Shoutout indirect. Shoutout yang bertujuan mengkritik org len secara sindiran. Biasa digunakan apabila seseorang tu tgh berkonflik dgn pihak2 tertentu. Org2 yang terasa je akan faham pd masa yang sama orang yang xde kene mengena terkebil-kebil.

Contoh: Orang yang hensem biasanya sentiasa memaafkan orang len. X tau kot2 muka dah buruk x bole baiki.

4. Shoutout produktiv: Shoutout yang ada unsur membantu, mengingatkan atau mengurangkan beban orang lain.

Contoh: Jangan lupa smayang

5. Shotuout PA system: Shoutout ibarat orang tgh cakap dalam PA system masa perhimpunan sekolah

Contoh: Siapa yang blum bayar duit nasi lemak, sila transfer kat bank account saya. Sekian

6. Shoutout merungut: Shoutout yang bertujuan melepaskan persaan x puas hati atau sakit hati atau depresi

Contoh: Kenapalah banyak sangat kene blaja ni. Dah la homesick Ish.. tension3..

7. Shoutout ilmiah: Shoutout yang berunsurkan ilmiah

Contoh: Adakah kalian tahu bahawa kentut di musim panas lebih busuk dr kentut di musim sejuk.

8. Shoutout combo: Shotuout yang terdiri dari gabungan mana2 dua atau lebih jenis di atas..

Contoh: Untuk pengetahuan korg, bermain facebook ni bazirkan masa, tp xtaulah kot2 sestengah orang tu memang dah byk kawan sampai komen kawan2 lama pun xnk balas, baru x membazir main facebook. (ok agak complicated- tp u get the point right?)


Kesimpulannya, shoutout ni ada yang elok, ada yang x elok, ada yang buat orang panas x pasal2, ad yang bershoutout nak cari perhatian. Tapi gabungan macam2 jenis shoutout ni lah yang buat dunia facebook menarik.. So teruskan shoutout k? Tp jgn over2..


2 comments:

  1. aku sentiasa wat shoutout yang nampak mcm ada 1 tujuan je, tak bergabung. tapi maksud ada lebih dari satu.

    ReplyDelete
  2. to shoutout bijaksana namanya.. hua3..

    ReplyDelete