Wednesday 20 March 2013

Perjuangan


Bak kata seorang tokoh aku: Kalau kita tidak kayuh dengan kuat menghadapi arus perubahan, maka kita akan hanyut dan mati ditarik oleh arus ini.

Salam sejahtera. Sebelum saya memulakan, ingin saya nyatakan bahawa posting ini tidak ada kena mengena dengan unsur politik murahan yang sering dikeluarkan dalam facebook, youtube dan lain-lain. Posting ini juga tidak mempunyai sebarang unsur sindiran. Posting ini merupakan posting berkenaan perjuangan, idealisme dan lonjakan mentaliti. 3 aspek yang pada pendapat saya akan menentukan nasib negara dalam beberapa tahun akan datang. Pada post ini saya ingin menyentuh tentang topik pertama iaitu perjuangan.

Perjuangan

Perjuangan merupakan perkara yang amat mulia. Tetapi sebuah perjuanagan yang walaupun niatnya amat suci macamanapun, tidak akan membawa kebaikan jika tidak disulami dengan keikhlasan. Di laman sosial terdapat segelintir rakan-rakan yang selalu berkongsi post di facebook berkenaan opresi, agama, anaka bangsa dan sbgnya. memang eloklah kalau perkara baik dkongsi dengan orang ramai. Tetapi  yang memalukan saya ialah "paradox" dalam tingkah laku manusia. Mulut kata lain tapi tangan buat lain. Sebagai contoh, ayah yang melarang anaknya merokok, sambil menghisap rokok. Perkara ni amat kerap berlaku, dan ini sangat menghampakan saya.

Perjuangan yang disulami dengan agenda tersembunyi tidak akan berhasil. Ini dibuktikan melalui sejarah. (Nazisme: Menegakkan darah Aryan, tetapi agenda tersembunyinya, membunuh ramai manusia yang tidak bersalah, Sozialisme: Menegakkan dasar ekonomi sosialis, tetapi membiar rakyat mati kelaparan). Soviet Rusia dan Jerman pada perang dunia kedua akhirnya musnah.

Setakat ini hanya segelintir sahaja rakan-rakan saya yang memperjuangkan syiar Islam yang pada pendapat saya, ikhlas memperjuangkannya. Segelintir pejuang pada zahirnya memperjuangkan perkara ini, tapi melihat tingkah laku mereka, sangat meghampakan.


No comments:

Post a Comment