Thursday 22 March 2012

Buat thesis. STUCK!

Sekarang tengah duk dlam opis. Bos ak xde so ak bole tulis blog. haha
Tengah buntu. Buntu. Susah sebenarnya jadi engineer. Masa practical dah satu hal. Ni sekarang buat research, lagi sakit kepala otak. Duduk dalam pejabat 4 hari seminggu, 10 jam sehari. Tgh fikir camana nak selesaikan masalah teknikal. Adoi2..

Tapi yang bestnya, ak diberi kemudahan macam jurutera2 lain kat syarikat ni. Nombor sendiri, tempat duduk sendiri, pastu kebebasan sendiri. Kalau nak buat lawatan pun suke hati. Boleh claim. Kuasa banyak. Boleh suruh orang buat apa2 yang ko nak. Tapi 'With great power comes great responsibility'.

Deadline 6 bulan untuk selesaikan masalah ni. Nak kene tengok theorie, nak kene order barang, nak kene pasang, nak kena program. Sampai jurutera lain pun cakap macam ak tgh buat kerja yang sgt besar. Adoi. Xpela. Pengalaman.

 Bila tgh research, ada hari yang idea2 semua datang dalam kepala otak secara lancar. 1001 idea boleh fikir dalam seminggu. Tapi bila dah xde idea.. haa.. BUNTU!!

Rasa nak hentak tengkorak ni depan monitor. Rasa nak jadi gila, gelak tanpa sebab, tapi xde member yang segila aku kat sini. So, buatlah poker face dalam opis. Nak cari maklumat semua kena buat sendiri. Bos cakap nak tu, ak bagi la benda tu. Bila aku bagi, x kene plak dgn apa dia nak. So, kene tengok balik. Serius ak x tau apa dia nak. Dah kene marah hari tu dengan dia. Down gak ar. Tapi esoknya, ak decide nak buktikan kat dia, yang ak boleh. Tapi idea xde. So lagi down.

Sekarang xde idea. KEINE AHNUNG! Tolong. Ak call prof, prof sruh tanya jurutera-jurutera lain kat sana. Ak tanya jurutera2 lain, deorang pun x tahu. So... BUNTU!! Adakah ini maksudnya menjadi jurutera? Kebuntuan dan kebodohan? TOLON!!

Besok ada kelas. Harap2 x buntu lagi. Jumpa rakan2 seperjuangan di Offenburg. Liyana, Pat, Christoph, Rusi dll. Boleh jadi gila sket depan deorang. :D

1 comment:

  1. sabar bro, jadi engineer kat mesia lagi hazab. True story not so awesome

    ReplyDelete