Sunday 23 January 2011

Pantai


Ok... trip pi Spain... Satu benda pengalaman baru ialah dapat jumpa pantai.

Dari kecik sampai ke besar, pantai merupakan tempat yang buat ak seronok. Mungkin sebab landscape dia yang menarik perhatian mata dan nyaman. Dan pokok2 kat area pantai semua sepesen je. Seronok.







Pantai, sebagaimana ak telah sebut dalam pos sebelum2 ni, merupakan tempat ak berjiwang dan bermuhasabah diri. Seronok dapat duduk atas pasir dia, dengar pukulan ombak dan tengok nelayan2 jauh, tengah bekerja. Klau nk dating ngan orang disayangi, macam best gak lepak kat pantai pastu buat picnic berdua. Sangat sronok. Lepas tu, bila dah habis borak2, mandi kat pantai, pastu makan sotong yang dicantas yang kene masak atas unggun api. Fuh, sronok.. (fantasi semata-mata)

Berbalik kepada Spain, ku telah pergi ke satu pantai di Malaga, iaitu satu pantai di selatan sepanyol berhadapan Laut Mediterranian. Indahnya. Tapi malangnya x bole nak lepak lama2 sangat sebab semua ingin kejar masa nak melawat tempat2 len. Maybe summer, ak nak pergi area2 pantai sepanyol lagi, jadi lone backpacker. Nak hirup betul2 budaya deorang dan berjalan tanpa perlu dihadkan oleh masa yang terhad. Rasa nak pergi mana2...pergi je... Waa... freedom.. Pastu orang2 kat sana macam peramah je. Senang nak cari teman. Tengok le camana ti... harap2 kewangan ak cukup..

Lepas exam kene training balik swimming. Dah 2 bulan x masuk air dalam sebab exam dan project. Moh, swimming. And most of all, ak wish semua rakan2 seperjuangan, good luck dalam menghadapi Klausur WS 10/11. Ak yakin korang dapat lulus semua dengan cemerlang. :D



No comments:

Post a Comment