Saturday 31 October 2009

Awek baru

Tanggal 30 hb November, kedatangan teman setiaku di dunia yang sepi. Dia dilahirkan di Baden Württemberg dan bewarna hitam. Kedatangannya disambut dengan kegembiraan dan semangat yang kian membara.

ku masih ingat teman lama ku. Walaupun telah banyak bekerjasama, dia akan berhenti x tentu pasal seolah-olah merajuk. Kalau dikerja lama siket, mesti berhenti seolah-olah tidak ikhlas untuk membantuku menyiapkan kerja dan menghiburkan diri. Adakah ni kesan daripada kapasiti dalamannya yang rendah? Kian hari, aku resah apabila berdepan dengan teman lamaku. Tetapi, ku tidak punya pilihan kerana dialah satu-satunya tempat untuk saya menyiapkan kerja dan menghiburkan hati.

Sebanarnya teman lamaku pernah dimiliki seorang insan selama 3 tahun. Tetapi sewaktu dia dimiliki, ku kadang2 akan meminjamnya untuk memberi saya layanan yang dapat menghiburkan saya. Oleh kerana terlalu banyak kali meminjamnya daripada insan tersebut, ku menjadi kemaruk kepadanya. Mengapa mengapa?

Tetapi tidak ku sangka, insan tersebut curang kepadanya kerana telah mendapat kekasih baru. Oleh itu, dia telah menjual milikannya kepadaku dengan haraga yang berpatutan. Ku sangat gembira, sampai gelak tertawa kerana akhirnya, dia menjadi milikku.

Tetapi, malangnya, sejak dia menjadi milikku, masalah pun tiba. Seperti yang ku telah berkata. Dia tidak lagi beupaya untuk mengikuti jejak langkahku. Dia tidak mampu mengikuti arahanku kerana kapasiti dalamannya yang rendah. Ku kadang2 bertanya, mengapa.. mengapa..

Akhirnya setelah menuruti nasihat rakan-rakanku, ku bangkit semula daripada perasaan hampa dan mencari kekasih hatiku yang baru di internet. Di saat itu, saya terpesona melihat awek baru ku, yang ku maksudkan dalam tajuk novel ini.

Tanggal 30 November 2009, kekasih baruku telah tiba. Duka bertukar menjadi suka. Aku meletakkannya di bilikku, tetapi jauh dari kekasih lamaku, yang masih ku simpan. Jika mereka cemburu, biarlah mereka kerana yang penting, janji ku bahagia.. hehehe

P/S: Untuk menolak spekulasi:
1. Kekasih lama = laptop lama
2. Kekasih baru = desktop baru
3. Insan = Hanfi Jaafar (pemilik lama laptop lama aku)
4. Kekasih baru insan tersebut = Sony Vaio yang dia baru beli
4. Aku bukan poligamist

:P

3 comments:

  1. Weih!! Taik!! ko dah beli computer baru!!! nampaknya aku sorang jer la yg masih setia ngan computer lama aku. bak kata pepatah, walaupun bini kita bukan super model, kalau dia pandai jaga hati pun dah ok. haha ;)

    ReplyDelete
  2. hihi.. 2nd day ad bende ni, x sentuh langsung buku. Padahal ad mundliche Prufung Isnin nie.. Help me??

    ReplyDelete
  3. huish, ini sudah bagus. jom wat club vaio...!

    ReplyDelete