Biasa orang x suka stress. Aku pun x suka stress. Tapi sekarang stress yang aku hadapi stress seronok. Stress kepuasan. Kini bekerja untuk membina satu ''Prüfstand''. Dalam BI nye: Testing Bench. Dalam BM nye.. ntah..
Dari segi theori sangat puas hati. Sebab semua sampah aku belaja dalam kelas, semua diaplikasikan dalam benda ni. Puas. Susah tapi puas.
Boss pun garang macam Donald Trump. Tapi lama2 kerja ngan dia, sedar2 dia x garang sebnarnya. Dia hanya tegas and sangat proffesional. Serius ak nak jadi macam dia. Tegas style Jerman. Xde emosi, hanya logik apabila tengah bincang. Bila betul cakap. Bila silap terus mengaku silap. Tabik ar. Engineer paling berkaliber yang aku pernah tengok sepanjang hidup aku. Lagi satu dia memang sempoi. Sempoi bukan maksudnya buat kerje ala kadar dan biarkan je anak buah x terurus. Sempoi dari segi perbualan. Boleh cakap apa2. Xde sistem senioriti and sentiasa terbuka kepada kritikan dari atas dan bawah. Klau x setuju ngan kritik tu.. cakap sebab kenapa. Membahas menjadi adat. Dan bahas mereka bukan untuk menang dan merasa ego. Bahas mereka ialah untuk menyelesaikan masalah.
Serius aku kagum dengan budaya kerja orang Jerman. Sebab tu mesin2 mereka berkualiti. Kejuruteraan Jerman ada 2 aspek sebenarnya. Aspek pertama ialah kualiti.. kualiti... kualiti... Aspek kedua ialah etika bekerja. 2 aspek ini saling perlukan satu sama lain untuk satu sistem menjadi sangat efektif. Dari atas ke bawah semua orang menyumbang untuk syarikat. Xde orang duduk goyang kaki atau berpura-pura buat kerja. .
Aku tulis post ni sebab nak kongsi pengalaman dan harap agar pengalaman saya dapat menjadi teladan kepada bidang industri di negara kita. Bagaimana satu negara yang musnah teruk dari perang dunia kedua, boleh menjadi antara negara yang terkaya di dunia. Kaya bukan dari segi bahan mentah, tapi dari segi teknologi dan kepakaran. Kaya ilmu ialah aset paling tinggi orang boleh ada. Ada pepatah aku rekasendiri:
''Lebih elok kaya dengan ilmu dari kaya dengan harta benda.
Lebih elok kaya dengan jasa dari kaya dengan sijil dan piala ''
No comments:
Post a Comment